Hubungan sekitar Felda Kemasul

Kedudukan FELDA Kemasul terletak berhampiran dengan beberapa buah tanah rancangan yang turut terdapat di di sini. Antara tanah rancangan yang terdapat di sekitar FELDA Kemasul ialah FELDA Chemomoi, Felda sungai kemahal, kampung cemomoi, Felda bukit puchong dan FELDA Bukit Mendi.

Hubungan silaturahim penduduk FELDA Kemasul dengan beberapa buah tanah rancangan di kawasan sekitar amat erat. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai aktiviti yang sering dilakukan secara bersama. Sebagai contoh, jika ada majlis kenduri-kendara di sini, penduduk di kawasan berhampiran akan turut diundang untuk bergotong-royong dan sama-sama memeriahkan majlis.

Ada juga program-program khas yang dianjurkan untuk memantapkan lagi hubungan di antara penduduk di sini. Antaranya ialah sukan komuniti, program mesra rakyat dan juga majlis Hari Raya.

Dari segi pendidikan pula, terdapat Tadika Kemas Felda Kemasul,Sekolah Kebangsaan (Felda) Kemasul, Sekolah Agama Rakyat Felda Kemasul, dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kemasul